Monday, December 30, 2013

Inilah Cinta Dalam Islam

Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Monday, December 23, 2013

Sedar tak sedar tahun baru kian menghampiri kita , buku 2013 terpaksa ditutup dan perlu memulakan hidup baru di tahun yang baru iaitu 2014. Pheeeew , aku pun sedar tak sedar dah nak habis sem 2 di Uniten Pahang. Banyak sebenarnya benda yang berlaku dekat aku pada tahun 2013 ni . Ada yang baik dan ada yang buruk. Orang kata nak menyesal benda yang dah lepas tak guna dah sebab bukannya kita boleh mengubahnya :) benda dah jadi kadang kadang tu bukannya kita nak kan ? 
So , aku nak mulakan azam baru untuk tahun 2014 ni dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T :') In Shaa Allah iaitu dengan cara mendekatkan diri dengan para ulama juga. Bukan nak cakap yang aku ni jahat dulu , cuma aku ni nak kata kuat agama ataupun alim tu tak adalah sampai tahap macam tu sekali . Tu lah aku nak cuba katakan disini sejak aku masuk Uniten ni , banyak majlis agama yang aku hadir *jangan riak fairuz -.-* Dekat situ aku dapat rasakan bahawa hati aku rasa tenang dan aman bila aku dengar tentang ilmu agama. Banyak sebenar nya ilmu agama ni , banyak mana pun kita belajar. Ilmu itu tak pernah habis bak kata pepatah tiada penghujungnya. Ada sahaja benda baru yang aku belajar bila hadir ke majlis agama ni.
Kadang kadang tu aku rasa macam diri aku ni kecil sekecil kecilnya bila aku sedar yang aku ni lemah dalam ilmu agama. Nak kata aku tahu semua pasal agama ni hmm jujur aku cakap , memang tak sebab dulu aku tak pernah pun rasa macam nak berjinak pergi ke surau ataupun masjid. Banyak dosa yang aku dah buat dekat dunia ni , lagi lagi zaman aku sekolah menengah dulu.Ya Allah , tak dapat digambarkanlah kalau nak diceritakan , biar Allah sahaja yang tahu betapa teruknya aku dulu :(
Tapi sekarang aku bertekad ingin mengubah diri aku ini kerana aku tak nak tenggelam dengan dosa-dosa besar mahupun yang kecil.

AKU MOHON PADAMU YA ALLAH , KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN AKU DIDUNIA DAN DIAKHIRAT. AMIN :')