Masya Allah , setelah beberapa tahun diri ini tidak meng-update blog ini malah tidak pernah online pun blog ini atas sebab sebab tertentu. Sekarang dengan suka cita nya saya ingin menyatakan sebab sebab kenapa saya tidak meng-update blog ini :)
*pheww sapa nak baca sila kan , siapa taknak boleh tekan 'x' diatas sebelah kiri skrin anda*
dari mana eh nak start ni ? haa hm okay cerita bermula dengan dari sini.
masa saya tingkatan 4 , saya mempunyai adik yang bernama Muhammad Faisal . Dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 16 tahun/2013 . Mari kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada arwah :') , Kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita adik saya menghidap barah otak . Ketika itu umur arwah baru mencecah 14 tahun. Penyakit ini pada mulanya disedari oleh gurunya di Maktab Rendah Sains Mara di Langkawi. Ketika itu arwah sedang bermain rugby pada waktu petang disekolahnya. Guru nya seringkali melihat arwah sukar untuk berlari dan badan arwah seakan seakan tidak seimbang. Peristiwa itu telah membuatkan gurunya mengambil tindakan untuk menghantar arwah kembali ke pangkuan keluarga untuk diperiksa oleh pihak hospital.
Setelah diperiksa oleh pihak hospital , kami telah diberitahu bahawa arwah telah menghidap penyakit seperti yang telah diberitahu diatas. Sejak itu ayah saya tidak berhenti untuk mencari penawar supaya arwah kembali sihat . Penyakit ini datang secara tiba tiba tanpa kita sedari. Banyak lah tempat yang arwah pergi dengan ayah saya untuk berubat.
Masuk tahun kedua , saya sudah masuk tingkatan 5 dan arwah sudah tingkatan 3. Ketika itu saya akan menduduki SPM dan arwah akan menduduki PMR dan sejak itu cara hidup kami berubah dimana kami telah dijadualkan untuk menjaga arwah di hospital. Keadaan arwah pada ketika itu sudah lagi tidak boleh berjalan kerana separuh daripada anggota badannya sudah lagi tidak boleh dikawal seperti biasa kerana barah otak itu telah berjangkit hampir separuh daripada otak arwah. Dan ketika itu kami sekeluarga telah dijadualkan untuk menjaganya di hospital . Kami bergilir gilir siang malam menjaga arwah :')
Disitulah saya mengulang kaji untuk SPM dan disitu juga saya tidur. Setiap kali arwah hendak makan , saya suapkan . Allahu , rindu yang teramat dengan arwah :'(
Tetapi sebelum itu , arwah sempat jawab PMR di hospital dan dapat 7B1C . Allahu, walaupun keadaannya begitu , tetapi dia masih mahu menjawab peperiksaan itu walaupun ayah saya sudah memberi peluang untuk dia tidak menjawab atas sebab penyakit yang dialami.
Pada masa yang sama juga , salah sorang daripada keluarga saya iaitu abang saya akan mendirikan rumah tangga. Pada majlis belah keluarga perempuan, saya dan arwah tidak dapat menghadirkan diri kerana telah mendapat arahan daripada pihak hospital untuk tidak meninggalkan hospital kerana arwah tidak boleh berjalan jauh. Kebetulan kenduri berlangsung di Pahang dan hospital berada di Selangor. Disebabkan itu saya telah volunteer untuk tinggal bersama arwah di hospital.
Ketika di hospital , arwah ada cakap yang dia hendak pergi ke kenduri kahwin abangnya :') tetapi apakan daya pihak hospital yang tidak membenarkan dia keluar daripada hospital atas sebab penyakitnya.
Setelah selesai kenduri belah perempuan , saya terus memberitahu ayah saya bahawa arwah ada cakap hendak pergi ke kenduri :') ayah tersenyum sahaja.
Pada minggu seterusnya , kenduri belah lelaki akan diadakan berhampiran hospital arwah dan ayah telah mendapatkan kebenaran daripada pihak hospital untuk membawa arwah adik saya ke kenduri atas permintaannya sendiri. Alhamdulillah pihak hospital meluluskannya tetapi dengan membawa arwah dengan berkerusi roda.
Ingat lagi saya pada waktu itu suara arwah seakan tidak boleh bercakap dan matanya sudah tidak boleh dibuka seluasnya. Disitu jugak lah saya menjaga nya dengan menyuapkan makan yangdiminta iaitu nasi minyak dan ayam masak merah ,Ya Allah :")) saya rindukan arwah. Pheww okay saya sambung :) sempat lah arwah bergamba dengan pengantin dan kami sekeluarga. Berjumpa dengan sanak saudara , alhamdulillah nampak muka arwah tersenyum pada ketika itu walaupun dia tahu dia di dalam kesakitan.
Tanpa diduga selang beberapa hari selepas itu , arwah sudah tidak lagi bercakap tetapi hanya mampunmendengar sahaja. Ketika itu di pagi hari kebetulan saya dan ayah saya menjaga nya disitu , arwah seakan akan tercungap cungap kerana tidak dapat bernafas. Ketika itu tidak dapat digambarkan ayah terus berbisik di telinganya untuk menyuruh arwah mengucap :'( saya ketika itu berada di bahagian kaki arwah. Ya Allah :'( Al-Fatihah.
*saya ingat lagi arwah pernah cakap yang dia suka saya jaganya di hospital*
*marilah sedekahkan alfatihah untuk arwah adik saya*
maaf kalau awak baca , awak tak faham. saya hanya ingin berkongsi.
JAGA IMAN , JAGA MARUAH , JAGA HATI.