Sedar tak sedar tahun baru kian menghampiri kita , buku 2013 terpaksa ditutup dan perlu memulakan hidup baru di tahun yang baru iaitu 2014. Pheeeew , aku pun sedar tak sedar dah nak habis sem 2 di Uniten Pahang. Banyak sebenarnya benda yang berlaku dekat aku pada tahun 2013 ni . Ada yang baik dan ada yang buruk. Orang kata nak menyesal benda yang dah lepas tak guna dah sebab bukannya kita boleh mengubahnya :) benda dah jadi kadang kadang tu bukannya kita nak kan ?
So , aku nak mulakan azam baru untuk tahun 2014 ni dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T :') In Shaa Allah iaitu dengan cara mendekatkan diri dengan para ulama juga. Bukan nak cakap yang aku ni jahat dulu , cuma aku ni nak kata kuat agama ataupun alim tu tak adalah sampai tahap macam tu sekali . Tu lah aku nak cuba katakan disini sejak aku masuk Uniten ni , banyak majlis agama yang aku hadir *jangan riak fairuz -.-* Dekat situ aku dapat rasakan bahawa hati aku rasa tenang dan aman bila aku dengar tentang ilmu agama. Banyak sebenar nya ilmu agama ni , banyak mana pun kita belajar. Ilmu itu tak pernah habis bak kata pepatah tiada penghujungnya. Ada sahaja benda baru yang aku belajar bila hadir ke majlis agama ni.
Kadang kadang tu aku rasa macam diri aku ni kecil sekecil kecilnya bila aku sedar yang aku ni lemah dalam ilmu agama. Nak kata aku tahu semua pasal agama ni hmm jujur aku cakap , memang tak sebab dulu aku tak pernah pun rasa macam nak berjinak pergi ke surau ataupun masjid. Banyak dosa yang aku dah buat dekat dunia ni , lagi lagi zaman aku sekolah menengah dulu.Ya Allah , tak dapat digambarkanlah kalau nak diceritakan , biar Allah sahaja yang tahu betapa teruknya aku dulu :(
Tapi sekarang aku bertekad ingin mengubah diri aku ini kerana aku tak nak tenggelam dengan dosa-dosa besar mahupun yang kecil.
AKU MOHON PADAMU YA ALLAH , KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN AKU DIDUNIA DAN DIAKHIRAT. AMIN :')